Selasa, 31 Disember 2013

Pentingnya Air Dalam Program Pemakanan Pesakit Kencing Manis


“Anda tidak sakit – Anda hanya kehausan”


Pentingnya air dalam program pemakanan pesakit kencing manis


Semua orang tahu yang air penting dalam kehidupan seharian kita, namun bagi pengidap kencing manis, air memainkan peranan yang tersangat mustahak. Oleh kerana diabetis mempunyai potensi untuk menimbulkan komplikasi yang boleh mengakibatkan lumpuh organ dalaman seperti hati, jantung dan buah pinggang, pengidap penyakit ini perlu lebih berhati-hati. 

Tubuh kita mengandungi lebih kurang 50 – 60% air. Darah mengandungi 90% air, otak kita mengandungi 85% air, 72% dalam otot, 71% dalam kulit dan 30% dalam tulang. Ellington Darden Ph.D menulis dalam artikelnya “Superhydration” yang air bukan setakat untuk menghilangkan haus, malah :

bertindak sebagai pelarut untuk vitamin, mineral, asid amino, dan glukos
• membawa nutrisi melalui sistem tubuh
• melancarkan pencernaan makanan
• melumasi sendi
• berfungsi sebagai shock absorber di dalam mata dan sumsum tulang belakang
• mengimbangkan suhu badan
• mengenyahkan bahan kumuh dari melalui air kencing
• menghilangkan panas melalui kulit, paru-paru, dan air kencing
• menjaga kelenturan dan ketegangan kulit
• membantu kontraksi otot

Menurut Dr Batmanghelidj (Dr B), penulis buku “Your Body’s Many Cries For Water , tanpa air yang cukup, tubuh kita boleh mengalami kemarau air (dehydration). Bagaimana kemarau air dalam tubuh boleh berlaku? Allah menganugerahkan tubuh kita dengan satu sistem yang benar-benar sofistikated. Sistem yang diciptakan Allah mempunyai beberapa lapisan back-up yang saling menyokong antara satu sama lain. Apabila tubuh kita mula kekurangan air, kita akan merasa haus. Bagaimana pun kebanyakan kita memilih untuk meminum minuman manis seperti kopi, teh, sirap atau minuman dalam tin atau botol dan bukannya minum air. Lebih teruk lagi ada juga mereka memilih untuk makan dan bukannya minum. Ini tidak akan mengatasi masalah kekurangan air dalam tubuh. Apabila keadaan ini berlarutan, tubuh kita akan secara otomatis bertindakbalas dengan mengaktifkan sistem back-up sedemikian hingga kita tak rasa haus lagi. Lambat laun kemarau air dalam tubuh akan berlaku. Kita tidak akan sedar yang tubuh kita kemarau air sehingga masalah kesihatan berlaku. 

Dr B mengatakan bahwa keadaan ini boleh menimbulkan banyak penyakit seperti asma, arthritis, obesiti, kemurungan, sakit punggung, gout, batu ginjal dan banyak lagi. Bagi pengidap diabetis, kemarau air boleh menjejaskan keefisyenan fungsi insulin dalam mengatur peredaran gula dan mineral ke dalam sel tubuh selanjutnya menyebabkan kadar gula dalam darah bertambah teruk. 

Kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah kegemukan dan cepat lapar. Dengan mengamalkan meminum air yang cukup setiap hari masalah ini dapat diatasi. Meminum air dapat melemahkan nafsu lapar dan membantu tubuh menghancurkan lemak. Kajian menunjukkan yang meminum air yang cukup membantu mengurangkan lemak sebaliknya kurang minum air boleh meningkatkan simpanan lemak dalam tubuh. 

Organ buah pinggang kita tidak dapat berfungsi dengan sempurna tanpa air yang cukup. Dr Donald Robertson yang menulis “The Snowbird Diet” menjelaskan apabila fungsi buah pinggang berkurangan, organ hati terpaksa menanggung sebahagian fungsi buah pinggang. Sedang fungsi utama hati adalah memastikan kelancaran metabolisma lemak simpanan bagi menghasilkan tenaga. Namun jika hati tidak berfungsi sepenuhnya lemak tidak dimetabolisma sepenuhnya dan kegemukan terhasil. 

Apabila tubuh kita mendapat air yang cukup:

Fungsi kelenjar endokrin bertambah baik;
“Fluid retention” atau sembab akan berkurangan;
Lemak lebih banyak digunakan sebagai bahan bakar kerana hati bebas untuk memetabolisme simpanan lemak;
Rasa haus asli akan kembali; dan
Rasa lapar akan berkurangan.Ok, berapa banyak air perlu kita minum untuk memastikan tubuh mendapat air yang cukup? 

Kita sering disaran untuk meminum lapan gelas air sehari. Sebenarnya jumlah ini hanyalah minimum dan ia hanya benar untuk mereka yang mempunyai berat badan yang optimal. Bagi mereka yang berat badan yang berlebihan, maka jumlah ini perlu ditingkatkan. Kita perlu tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan. 

Dr Donald Robertson menganjurkan supaya kita minum sekurang-kurangnya:

4 gelas air di waktu pagi
4 gelas air di waktu tengahari
4 gelas air di antara jam 5 – 6 petang.Kaedah minum air yang betul.

Dengan mengambil analogi menyiram pokok yang hampir mati kekeringan, kita tidak akan mencurahkan sebaldi air terus ke dalam pasu pokok bunga tersebut kerana ia hanya akan menyebabkan pokok tersebut mati kelemasan. Sebaliknya kita kena renjiskan air sedikit demi sedikit sehingga tanah nya dapat meresapkan air dan menghidupkan semula pokok tersebut. Begitu juga dengan manusia. Kita tidak boleh terus menonggengkan sebotol air ke dalam tekak kita kerana ia hanya akan keluar terus dalam air kencing dan tidak dapat dimanfaatkan oleh organ dalam yang sangat memerlukannya. Sebaliknya kita kenalah minum sip by sip teguk demi teguk dan setiap teguk hendaklah dipisahkan dengan helaan nafas. Demikian amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.




Langkah Bijak Mengurangkan Gula

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.



Kencing Manis & Diabetes




Apa itu Kencing Manis @ Diabetes Mellitus ?


Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.

Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Penyakit Kencing Manis @ Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.


2. Apakah jenis-jenis Kencing Manis ?



Simptom Penyakit Kencing Manis



Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin 

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


3. Apakah tanda-tanda amaran Kencing Manis ?
Gejala yang biasa dialami ialah: Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.

Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.

TANDA TANDA AWAL  DIABETES


4. Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis ?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  1. Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  3. Impaired glucose tolerance (IGT).
  4. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  5. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  6. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  9. Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  10. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.


5. Komplikasi Kencing Manis @ Diabetes

KOMPILASI KENCING MANIS
Keadaan kecemasan:
Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Mata: Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
Saraf: Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
Otak: Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
Jantung: Sakit jantung


6. Mengelakkan dari mendapat Kencing Manis
Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah

Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.


7. Pesakit Kencing Manis boleh hidup secara aktif
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Antara Penjagaan secara umum:

Penjagaan kulit
  • Mandi setiap hari
  • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
  • Merawat luka dan calar dengan segera
  • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
  • Penjagaan kaki
  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus
  • Tukar stokin anda setiap hari
  • Jangan berjalan tanpa kasut
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
  • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok

KESAN KENCING MANIS PADA PENGIDAP

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak






Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah -  diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.  


Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes


Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes


Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia
Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes


Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes


Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit


Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).




http://prutakafulinfo.wordpress.com/2011/06/02/kencing-manis-punca-sakit-jantung-darah-tinggi-buah-pinggang-rosak/










Khamis, 26 Disember 2013

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN YANG BERKESAN

CARA PENGAMBILAN VITAMIN


Misi kami adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan merupakan mesra alam. Apabila anda menggunakan produk ini, anda akan pasti akan 3 perkara iaitu: SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.Semenjak saya bergelar Pengedar Sah Shaklee, kerap kali saya ditanya,

“Boleh berikan saya jadual makan vitamin tak?”

“Boleh saya tahu, jadual pengambilan yang saya ambil ni, betul atau tak”

dan bermacam-macam lagi soalan, tetapi semuanya adalah merujuk kepada, JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI.Kebanyakkan mereka yang bertanya soalan seperti ini, adalah mereka yang baru mengambil vitamin atau ingin menambah beberapa vitamin yang lain.

Jadi, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil vitamin? Setiap vitamin ada waktu yang sesuai untuk di ambil. Ada yang sesuai untuk di ambil waktu siang, ada yang sesuai untuk di ambil waktu malam.

Saya lebih suka mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam.

Kenapa?

Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan saya sekali confirm terlena sekali.. Hehe..

Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut jerules ni, insya Allah selamat.

BASIC RULES : DO

Vitamin Larut Air (B & C)

Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.

OsteMatrix (Calcium)
Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.

Iron

Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.

Zinc

Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebab kan loya.

Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

BASIC RULES : DON'T!

Alfalfa + Vitamin E

Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Kalsium + Iron

Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.

Alfalfa + GLA Complex

GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.

Vitamins + Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
1. After Breakfast : Vitamin2 yang memberi tenaga

· B-Complex

· Vita-Lea

· Vitamin C

· ESP/Cinch/Meal Shake

2. After lunch : Selalunya lepas lunch, makan berat dan berlemak.. Jadi sebaik2nya ambil vitamin yang membantu menyerap lemak

· Vitamin E

· GLA

· Lecithin

· Omega

3. Selepas Dinner

· Lecithin

· Zinc (ini bukan ambil setiap hari, melainkan ada masalah rambut gugur, atau berpantang)

· Alfalfa

4. Sebelum Tidur

· Ostematrix

· ESP (ini boleh pilih, samada nak pagi atau sebelum tidur. Sekali sehari, sudah memadai)

· Herb-Lax

Lain-lain:

· Nutriferon seminggu sepeket, kecuali bila rasa nak demam atau sedang demam, boleh ambil hari2

· Meal Shake/ Cinch – sama waktu dengan ESP

· Vivix – Selepas makan

EXTRA TIPS :

Lecithin

For those yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet / merendah kan Kolestrol,

ambil 2x after breakfast, 2x after lunch, 2x after dinner beserta dengan 2@3 biji alfalfa.

Zinc

Seminggu 2 kali kecuali mereka yang megalami masalah rambut serius.

Alfalfa

Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

Esp

Tidak boleh dibancuh dengan air panas

* Anda perlu minum sekurangnya 3 liter air masak sehari dapat membantu peneyrapan supplemen secara berkesan. Anda mungkin mengalami healing crisis, atasinya dengan pengambilan air yang banyak.

* Bagi Muslim, pengambilan supplemen harus disertai dengan doa & tawakal kepada ALLAH.

* InshaAllah semoga usaha diberkati, setiap yang berusaha pasti BERJAYA.