Selasa, 31 Disember 2013

Langkah Bijak Mengurangkan Gula

1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.



Tiada ulasan: