Khamis, 26 Disember 2013

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN YANG BERKESAN

CARA PENGAMBILAN VITAMIN


Misi kami adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan merupakan mesra alam. Apabila anda menggunakan produk ini, anda akan pasti akan 3 perkara iaitu: SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.Semenjak saya bergelar Pengedar Sah Shaklee, kerap kali saya ditanya,

“Boleh berikan saya jadual makan vitamin tak?”

“Boleh saya tahu, jadual pengambilan yang saya ambil ni, betul atau tak”

dan bermacam-macam lagi soalan, tetapi semuanya adalah merujuk kepada, JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI.Kebanyakkan mereka yang bertanya soalan seperti ini, adalah mereka yang baru mengambil vitamin atau ingin menambah beberapa vitamin yang lain.

Jadi, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil vitamin? Setiap vitamin ada waktu yang sesuai untuk di ambil. Ada yang sesuai untuk di ambil waktu siang, ada yang sesuai untuk di ambil waktu malam.

Saya lebih suka mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam.

Kenapa?

Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan saya sekali confirm terlena sekali.. Hehe..

Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut jerules ni, insya Allah selamat.

BASIC RULES : DO

Vitamin Larut Air (B & C)

Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.

OsteMatrix (Calcium)
Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.

Iron

Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.

Zinc

Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebab kan loya.

Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.

BASIC RULES : DON'T!

Alfalfa + Vitamin E

Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Kalsium + Iron

Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. So, elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.

Alfalfa + GLA Complex

GLA Complex mempunyai vitamin E, again read no 1.

Vitamins + Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana VL mempunyai iron.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
1. After Breakfast : Vitamin2 yang memberi tenaga

· B-Complex

· Vita-Lea

· Vitamin C

· ESP/Cinch/Meal Shake

2. After lunch : Selalunya lepas lunch, makan berat dan berlemak.. Jadi sebaik2nya ambil vitamin yang membantu menyerap lemak

· Vitamin E

· GLA

· Lecithin

· Omega

3. Selepas Dinner

· Lecithin

· Zinc (ini bukan ambil setiap hari, melainkan ada masalah rambut gugur, atau berpantang)

· Alfalfa

4. Sebelum Tidur

· Ostematrix

· ESP (ini boleh pilih, samada nak pagi atau sebelum tidur. Sekali sehari, sudah memadai)

· Herb-Lax

Lain-lain:

· Nutriferon seminggu sepeket, kecuali bila rasa nak demam atau sedang demam, boleh ambil hari2

· Meal Shake/ Cinch – sama waktu dengan ESP

· Vivix – Selepas makan

EXTRA TIPS :

Lecithin

For those yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet / merendah kan Kolestrol,

ambil 2x after breakfast, 2x after lunch, 2x after dinner beserta dengan 2@3 biji alfalfa.

Zinc

Seminggu 2 kali kecuali mereka yang megalami masalah rambut serius.

Alfalfa

Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama segelas ESP.

Esp

Tidak boleh dibancuh dengan air panas

* Anda perlu minum sekurangnya 3 liter air masak sehari dapat membantu peneyrapan supplemen secara berkesan. Anda mungkin mengalami healing crisis, atasinya dengan pengambilan air yang banyak.

* Bagi Muslim, pengambilan supplemen harus disertai dengan doa & tawakal kepada ALLAH.

* InshaAllah semoga usaha diberkati, setiap yang berusaha pasti BERJAYA.

Tiada ulasan: