Apa itu Kencing Manis @ Diabetes Mellitus ?
Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.
Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Penyakit Kencing Manis @ Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.
2. Apakah jenis-jenis Kencing Manis ?
Simptom Penyakit Kencing Manis
Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
3. Apakah tanda-tanda amaran Kencing Manis ?
Gejala yang biasa dialami ialah: Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.
Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.
TANDA TANDA AWAL DIABETES |
4. Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis ?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
- Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
- Impaired glucose tolerance (IGT).
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
- Tekanan darah tinggi
- Tidak aktif -gaya hidup sedentari
- Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
- Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.
5. Komplikasi Kencing Manis @ Diabetes
KOMPILASI KENCING MANIS |
Keadaan kecemasan:
Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Mata: Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
Saraf: Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
Otak: Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
Jantung: Sakit jantung
6. Mengelakkan dari mendapat Kencing Manis

Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.
7. Pesakit Kencing Manis boleh hidup secara aktif
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Antara Penjagaan secara umum:

Penjagaan kulit
- Mandi setiap hari
- Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
- Merawat luka dan calar dengan segera
- Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
- Penjagaan kaki
- Basuh kaki setiap hari
- Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
- Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
- Potong kuku jari kaki secara lurus
- Tukar stokin anda setiap hari
- Jangan berjalan tanpa kasut
- Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
- Mengawasi diri sendiri
- Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
- Kerap menjalani pemeriksaan mata
- Mengelakkan minuman keras
- Berhenti merokok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan