Ahad, 14 Jun 2015

Masalah Kejang Otot Kaki Bagi Ibu Hamil: Tips Mudah Untuk Mengatasinya


Siapa pernah mengalami pengalaman ketika tidur tiba-tiba kaki kita mengalami kekejangan otot? Rasanya ramai ibu-ibu yang hamil diluar sana pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya juga pernah mengalami beberapa kali situasi begini. Bila dah terkena memang tak boleh nak bayangkan rasa kesakitan yang dialami. Kadang-kadang tu, kesakitan akibat kekejangan kaki ni saya boleh rasai sehingga keesokan harinya.

Di sini ada sedikit info yang boleh kita kongsi bersama dan dijadikan panduan bersama mengenai masalah kekejangan otot kaki bagi ibu hamil.

Bagaimana kejang otot kaki boleh berlaku?

Kekejangan kaki ataupun lebih di kenali sebagai 'Simpul Mengkarung' di kalangan masyarakat Melayu kita. Selalunya kekerapan terjadi pada trimester kedua dan juga ketiga, terutama pada waktu malam ketika ibu hamil sedang tidur.
Apakah Simptom Kekejangan Kaki?

Selalunya kita akan berasa sakit pada otot betis, seperti meregang dan otot kita tertarik. sehingga kita akan terasa uratnya menegang hingga kebahagian tapak kaki.

Faktor Penyebab Kekejangan Otot Kaki

Keletihan yang melampau dan tahap cecair dalam badan tinggi
Kemungkinan kekurangan Kalsium dalam badan
Pertambahan berat badan yang harus ditanggung dimana ia boleh memberi tekanan kepada otot kaki.
Apabila kandungan makin membesar dan semakin mengembang daripada saiz asal membuatkan lebih tekanan terhadap sistem peredaran darah terutama dibahagian kaki.
Faktor pemakanan juga dikatakan mempengaruhi terjadinya kekejangan otot kaki.

10 Tips Mudah Elak Kekejangan Otot Kaki


Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kita Sedang Mengalami Kekejangan Otot Kaki
  • Luruskan kaki dan dengan lembut betulkan kedudukan tumit. Kemudian tarik ibu jari kaki menghala ke badan secara perlahan-lahan beberapa kali.
  • Boleh juga berdiri dipermukaan yang sejuk seperti lantai kerana kadangkala ia boelh menghentikan kekejangan kaki.
  • Letakkan pad suam pada betis bagi melegakan kekejangan otot kaki.


Semoga dengan maklumat yang diberi dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang selalu mengalami masalah ini dapat kualiti tidur yang mencukupi dan nyenyak tanpa sebarang gangguan.


Lagi info mengenai masalah kekejangan otot kaki : http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2014/04/kejang-kaki-ketika-hamil.html


Ikhlas Dari Hati,
Rabiatul



Jumaat, 5 Jun 2015

Get Clean Shaklee: Membantu Tugas Harian Anda Dengan Lebih Mudah!!


Bila kita membicarakan tentang kesihatan diri, sudah tentulah rumah menjadi tempat yang paling bersih dan selamat untuk didiami di atas muka bumi ini. Namun adakah anda memilih produk pencuci yang digunakan itu yang betul dan SELAMAT lebih-lebih lagi terhadap insan yang tersayang; BERKESAN terhadap segala jenis kotoran degil; MESRA ALAM untuk bumi kita; dan yang paling penting JIMAT untuk wang perbelanjaan kita.

Apakah pilihan anda? Adakah produk kebersihan dipasaran sekarang mengandungi semua elemen diatas?

Cuba jadikan GET CLEAN SHAKLEE sebahagian daripada produk kebersihan anda. Bila pertama kali anda guna, mesti anda akan jatuh cinta berkali-kali. Tak percaya? Bila anda dah menggunakannya anda akan tahu keberkesanannya yang sememangnya multi purpose.


Apa itu GET CLEAN SHAKLEE.

Sebenarnya ada 4 jenis produk kebersihan yang boleh kita miliki yang mempunyai pelbagai fungsi bagi setiap satu. Antaranya:-
  • Basic H - Organic Super Cleaning Concentrate
  • Hand Dish Wash Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate (Powder)
  • Soft Fabric Concentrate


Basic H Organic Super Cleaning Concentrate 

Tanpa Toksik, Cara Membersih Secara Semulajadi

Sebotol pencuci Basic H Organic Ianya memang amat menjimatkan dan benar-benar berkesan. Untuk 1001 kegunaan pembersihan dan cucian - membuang kotoran, menanggalkan minyak gris yang degil dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam; dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, ketuhar dan mana-mana bahagian tertutup dan perabot.


Hand Dish Wash Concentrate 

Pencuci Pinggan Basuhan Tangan 

Anda hanya perlukan beberapa titisan bagi mencucui setimbun pinggan yang berminyak. Memudahkan tugas anda tanpa perlu menyental dan membilas berkali-kali. Malah dengan penggunaan dish wash concentate ini dapat:-

  • Melembutkan tangan
  • kaya dengan buih dan tahan lebih lama
  • membuat pinggan lebih berkilat



Fresh Laundry Concentrate (Powder)

Formula semulajadi untuk pakaian lebih bersih

Formula enzim semulajadinya menjadikan pakaian anda lebih bersih dan anda tidak perlu risau jika ada ahli keluarga anda yang alah pada sabun biasa, sabun ini memang sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai alahan (Ekzema) dan pada pakaian bayi.


Soft Fabric Concentrate

Ia berbau segar, selembut sutera dan dapat mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada pakaian yang mungkin ada pada pencuci yang anda gunakan sebelum ini.

Tercari- cari produk semulajadi untuk bahan cucian anda? Apa kata anda cuba Set Get Clean Shaklee yang sememangnya berkesan, disamping selamat pada alam sekitar dan yang paling penting diperbuat daripada bahan dan sumber SEMULAJADI yang semestinya bebas daripada unsur bahan kimia.




Ingin membuat pembelian??

boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

ATAU 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .


Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC,KL






Kencing Malam Bagi Kanak-Kanak: Normal Atau Tidak??


“Alamak!! Adam, kamu kencing lagi ke? Mama baru je lepas tukar cadar katil kamu”.. Kenapa kamu tak bangun pergi ke toilet? Pernah tak anda mengalami situasi seperti begini? Anak yang kerap terkencing pada waktu malam? Adakah kencing malam ni satu penyakit yang serius bagi kanak-kanak? Sebenarnya Enuresis (terma dalam perubatan) atau kencing malam adalah keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.

Satu kajian telah dilakukan yang 10 - 14 peratus daripada kanak-kanak yang berumur lima hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang. Di Malaysia sahaja masih terdapst lebih kurang 6.2 peratus daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun masih lagi kencing malam.

Bagaimana Kencing Malam Boleh Berlaku

  • Ruang pundi kencing yang kecil
  • Gangguan tidur. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil ‘Vasopressin’ semasa tidur. Hormon Vesopressin ini penting untuk mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Jenis-jenis Kencing Malam

  • Kencing malam hanya pada waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam pada waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Kes seperti ini mesti segera mendapat nasihat dan rawatan doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kencing malam memerlukan ujian kesihatan?

Tidak semestinya jika anak kita hanya kencing malam tanpa disedari pada waktu malam sahaja.

Kesan pada anak-anak jika kerap kencing malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan masalah ini boleh menyebabkan faktor risiko untuk mengalami masalah psikiatri.
  • Tekanan dalam keluarga

Cara Rawatan

  • Mengubah tabiat kencing malam anak-anak kita dengan selalu mengingatkan mereka supaya kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pengambilan ubat untuk membantu anak anda mengawal kencing.
  • Faktor usia - akan bertambah baik bila umur semakin meningkat.
  • Ibu bapa perlu main peranan dengan selalu mengerakkan anak anda diwaktu malam untuk membangunkan mereka untuk kencing.

Alternatif untuk mengatasi kencing malam yang boleh dipraktikkan

  • Jangan salahkan anak kita, sebenarnya kencing malam ini di luar kawalan mereka. Sentiasalah bercakap secara terbuka untuk menasihati mereka.
  • Kurangkan pengambilan air terutama di waktu malam
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air

Semoga tips yang diberikan ini dapat memberi pengetahuan dalam menangani masalah kencing malam bagi anak-anak kita.



Ikhlas dari hati,
Rabiatul
(012-5584478)

Isnin, 1 Jun 2015

Penyakit Asma Boleh Membawa Maut? Bahayakah Pada Diri Kita.


Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini saya nak share sedikit info tentang penyakit asma/semput atau lelah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk terkena serangan asma.

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Adakah penyakit asma berbahaya di kalangan orang dewasa? Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000.

Bagaimana Asma / Lelah boleh Terjadi?

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyper aktif (oversensitive). Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?

  • jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  • alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
  • asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  • perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
  • iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  • ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
  • sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  • senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  • stres, emosi

Apakah simptom atau tanda-tanda asma yang kronik?

  • susah bernafas
  • sesak dada
  • mengeluarkan bunyi 'wheezing' bila bernafas
  • batuk yang berterusan (terutama pada waktu malam)
  • Pengggunaan yang kerap inhaler
  • Kebiruan pada bibir
  • Kegelisahan
  • Pertukaran warna kulit muka
  • Susah untuk bercakap
  • Berdebar-debar 

Ada harapankah untuk pulih seperti biasa kembali?

Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyaki asma, Selalulah berjumpa dengan doktor secara rutin supaya anda boleh mengetahui tahap penyakit anda. Selain itu anda perlu elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan asma seperti:-
  • Membela haiwan peliharaan yang jenis berbulu seperti ayam, kucing.
  • Jangan menghampiri persekitaran yang mempunyai banyak debu, hama dan kulat. 
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, dextran, hydrocortisone dan penicillin. 
  • Hindarkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan Asma seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet, monosodium L-glutamate dan alkohol.
  • Kurangkan ketawa atau menagis secara keterlaluan kerana boleh menggalakkan Asma.
  • Hindarkan daripada bahan-bahan seperti asap rokok, asap kayu, semburan minyak wangi dan cat baru boleh juga menyebabkan Asma.
  • Keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan lembap 

Sabtu, 30 Mei 2015

Karies Gigi Bahayakah Pada Anak Kita


Pernahkah kita melihat kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun mempunyai gigi yang kecoklatan atau hitam?Warna putih pada giginya pula seperti terhakis? Apakah faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami keadaan gigi tersebut?

Puncanya adalah disebabkan oleh KARIES GIGI atau PEREPUTAN GIGI. Fenomena ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak  semenjak berusia seawal satu atau dua tahun lagi.

BAGAIMANA KARIES BERLAKU

Karies gigi berlaku apabila lapisan luar (yang dikenali sebagai enamel) gigi mula mereput. Gigi akan mula mereput apabila tahap pH oral (mulut) berada dibawah 5.5 (berasid). Fenomena berasid berpunca terutamanya disebabkan oleh asid organik yang di hasilkan oleh bakteria dalam mulut. Bakteria ini terjadi hasil daripada pengambilan Gula Ekstrinsik. 

 Gula Ekstrinsik - Gula yang tidak terdapat dalam struktur sel dan boleh berlaku secara semulajadi dalam makanan dan minuman. 

Contoh makanan dan minuman yang mempunyai Gula Ekstrinsik


  • Segala jenis manisan, gula dan coklat
  • kek dan biskut
  • Roti, pastri dan pai buah-buahan
  • Puding span dan segala jenis puding
  • Buah buahan kering
  • Gula yang ditambah ke dalam minuman dan sewaktu peyediaan makanan
  • Bijirin sarapan yang manis
  • Jem, kaya, jeruk
  • Ais krim
  • Buah-buahan dalam tin
  • Minuman ringa bergula
  • Minuman berasaskan susu (susu kocak)
  • Gula yang terdapat dalam minuman beralkohol

KESAN DARIPADA KARIES GIGI

Kesan yang paling ketara ialah kesan akut (serta merta) seperti kesakitan gigi dan kesan jangka masa panjang seperti mengalami kesukaran untuk makan dan kualiti hidup yang berkurang.

22 TIPS UNTUK KURANGKAN KARIES GIGI

  1. Hadkan pengambilan gula Ekstrinsik
  2. Hadkan pemberian susu botol hanya untuk pengambilan air dan susu
  3. Elakkan mencelup atau mencicah biskut atau roti kedalam gula, contohnya minuman yang manis atau madu
  4. Kurangkan pengambilan gula semasa penyediaan makanan ketika memasak
  5. Gantikan pencucu mulut yang manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah buahan.
  6. Menyediakan jus dalam bentuk yang kuran pekat, sudah dicampur dengan air tanpa gula dalam cawan (nisbah 50:50)
  7. Semak label makanan untuk kandungan gula
  8. Pilih makanan yang kurang gula atau makanan yang berlabel ' gula rendah/ bebas gula'. Kandungan gula tidak boleh melebihi daripada 5g setiap 100g makanan pejal atau 2.5g per cecair 100ml.
  9. Carila alternatif jika kandungan gula yang disenaraikan adalah tinggi atau jika kandungan gula disenaraikan pada senarai tiga terawal dalam senarai ramuan.
  10. Berhati-hati dengan sebarang vitamin atau makanan tambahan smaa ada dalam bentuk kunyahan ataupun cecair yang mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi. Baca label terlebih dahulu atau semak dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.
  11. Jarakkan masa pengambilan satu hingga dua jam antara satu makanan atau minuman manis dengan makanan seterusnya. Jarakan masa ini adalah perlu untuk membolehkan air liur menuetralkan semula keadaan berasid di dalam mulut dan membenarkan proses pengaktifan mineral berlaku.
  12. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi Gula Ekstrinsik hanya pada waktu makan utama, sebaliknya ELAKKAN daripada mengambil pada waktu senggang seperti sewaktu menonton tv. Banyakkan minum air kosong antara waktu makan utama.
  13. Hidangkan makanan pencuci mulut bersama-sama makanan atau minuman yang tidak mengandungi Gula Ekstrinsik seperti buah-buahab, sayur-sayuran, kekacang dan juga produk tenusu.
  14. Hanya minum air kosong, susu dan teh antara waktu makan
  15. Mengurangkan masa interaksi dengan gula Ekstrinsik didalam mulut. Contoh menghisap gula-gula.
  16. Elakkan amalan menidurkan bayi / kanak - kanak dengan botol susu di dalam mulut mereka.
  17. Bersihkan gigi dan gusi dengan kain kasa atau tuala mula selepas selesai penyusuan botol.
  18. Mengalakkan anak minum dari cawan secara beransur - ansur  dan cuba berusaha untuk menghentikan kanak-kanak daripada penyusuan botol.
  19. Jangan galakkan anak mengemam atau menyimpan makanan atau minuman manis dalam tempoh yang lama di dalam mulut
  20. Menggalakan memberus gigi setiap hari atau ajar anak berkumur terutamanya selepas makan atau selepas pengambilan makanan ringan.
  21. Melakukan rawatan pemeriksaan gigi secara berkala.
  22. Beri anak sumber pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dengan semua nutrien penting.
Ibu bapa mestilah memberi pendedahan awal terhadap bahayanya makanan manis  dan memberi contoh teladan yang baik terhadap anak mereka.Dengan pengambilan diet yang seimbang dan berkhasiat akan membina dan mengekalkan gigi yang kuat dan gusi yang sihat, disamping mengamalkan semua tips diatas kesihatan gigi anak-anak kita pasti akan terjamin, inshaallah.


Ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478


Selasa, 26 Mei 2015

7 Kesilapan Pasangan Sukar Hamil


Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengimpikan sebuah keluarga yang mempunyai kehadiran cahaya mata. Tapi tidak semua pasangan berkesempatan untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.

Tahukah anda banyak faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan yang boleh menjejaskan pasangan anda untuk hamil.

7 Kesilapan sukar hamil yang selalu dipandang remeh bagi setiap pasangan adalah:-

1) Penggunaan Pelincir

Tahukah anda, penggunaan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil. Sebenarnya semua gel pelincir boleh merosakkan sperma. Cara terbaik untuk memperbaiki hubungan anda adalah dengan cuba pertingkatkan pelincir semula jadi anda. Lakukan lebih banyak 'foreplay' sebelum memulakan hubungan intim. Dengan kaedah begini lebih banyak pelincir semula jadi terhasil untuk membantu sperma terus hidup.

2) Simpan Sperma

Ada pasangan beranggapan dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini merupakan kesilapan yang paling besar!!! Memang benar, jika disimpan , sperma mungkin lebih banyak. Tetapi sebenarnya kebanyakan sperma sudah menjadi lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur. Oleh itu, jika anda ingin hamil, sperma yang segar memang diperlukan.

3) Pengambilan Vitamin C

Sebenarnya dengan pengambilan Vitamin C secara istiqamah, sangat bagus untuk meningkatkan kesuburan . Tahukah anda, dengan pengambilan Vitamin C ini ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tidak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil secara berlebihan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan serviks pula. Seeloknya hanya boleh diambil tidak lebih 1,000mg kadungan vitamin C setiap hari.  

4) Tekanan

Tekanan merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kepada untuk sukar hamil. Sebagai contoh, bila ada yang bertanyadan mengatakan 'relakslah' ini sebenarnya akan menambahkan lagi tekanan pada pasangan. Selalu lakukan terapi untuk menghilangkan stress dan tekanan seperti ketawa daripada memaksa diri untuk bertenang.

5) Makanan

Selalunya wanita yang hamil tahu makanan apa yang patut dijauhi untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil ramai yang tidak ambil tahu tentang perkara ini. Contohnya jika anda ingin hamil, sila jauhkan dari memakan ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi, namun jangan elak semua ikan yang ada kerana ada ikan yang kaya dengan sumber protein, vitamin D, dan asid lemak Omega yang bagus untuk membantu kehamilan.

6) Minuman Berkafien

Rasanya ramai dikalangan kita yang suka minuman yang berunsurkan kafien. Selain rasanya yang menyedapkan, ditambah dengan bau aroma yang menyelerakan, sudah pasti ramai dikalangan kita yang menyukainya. Ada kajian yang mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup untuk mengurangkan peuang untuk hamil bagi wanita sehingga 50% peratus dalam tempoh 12 bulan. Jadi jika anda penggemar kopi dan ingin untuk hamil, silalah ambil perhatian dan cuba untuk mengurangkan mengambil kafien setiap hari.

7) Ubat-Ubatan Yang Mesti Dijauhi Kaum Lelaki

Ada pelbagai ubat-ubatan yang secara tidak langsug boleh mempengaruhi proses kehamilan anda. Sebagai contoh jika suami anda ada mengambil ubat merawat ulser, masalah gastrik, ubat tekanan tinggi sebenarnya boeh mempengaruhi dan mempunyai kesan buruk  terhadap tahap pengeluaran sperma dan juga kesuburan mereka. Sebaliknya cuba amalkan sumber supplemen yang lebih baik seperti Zink Complex, Vitamin C dan Vitamin E yang sememangnya kaya dengan selenium yang boleh membantu mempertingkatkan tahap kesuburan dan keaktifan sperma pasangan anda.

Bagi pasangan yang belum lagi dikurniakan anak, cuba elakkan perkara diatas yang boleh menyukarkan peluang untuk hamil. Kita berusaha dan selebihnya kita bertawakal dan berserah pada Allah SWT untuk menentukan segalanya. Banyakkan berdoa pada Allah moga diberi peluang untuk hamil.


Ikhlas dari hati, 
Rabiatul
(012-5584478)
vitaminsihatalami.blogspot.com




Sabtu, 16 Mei 2015

Inginkan Perut Yang Kempis Seperti Miranda Kerr? Tips Untuk Kurangkan Lemak Perut


Wow cantiknya tubuh badan model antarabangsa ni.. tiada langsung benjolan lemak di badannya jeles tengok!! Nak juga merasa badan macam si dia, tapi.... hrmm lemak oh lemak kenapalah banyak sangat kat badan ni?..

Pernah mengalami masalah seperti diatas? Terutamanya lemak di perut? Rasanya ramai yang mengalami masalah seperti ini terutama bagi kaum wanita yang sudah melahirkan anak.. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum kawin, masyaallah pinggang bak sepeti kerengga, perut pula langsung tidak kelihatan. Tetapi bila dah memasuki alam perkahwinan dilema lemak diperut menjadi igauan mimpi buruk bagi kaum wanita. Kaum lelaki juga tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama, tetapi mereka tidak seperti kita yang ingin nampak cantik seperti zaman remaja, Bagi kaum lelaki, boroi juga nampak hensem..hihi..

Bukan mudah untuk kita menutup benjolan-benjolan lemak di badan bila dah mengalaminya, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi personaliti dan penampilan kita. Secara tidak langsung level self confidence kita akan berkurangan.

Sebenarnya lemak yang terkumpul di perut dan mendap organ tubuh akan mendedahkan diri kita kepada masalah penyakit yang serius seperti diabetes dan penyakit jatung. 

Bagaimana lemak di perut boleh terjadi?

Lemak diperut disebut sebagai lemak viseral, ia berperanan sebagai mengocak hormon stress seperti kortisol dan komponen yang mencetuskan keradangan,cytokines yang akan menejaskan pengeluaran insulin tubuh. Kesannya kita akan terdedah kepada dua penyakit yang kronik seperti tadi.

Namun kita jangan berasa bimbang jika kita mengamalkan secara berterusan  tips untuk kurangkan lemak perut.


  • Melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berbasikal atau berenang
  •  Mengambil makanan yang lebih berunsurkan protein 
  • Pilih makanan yang mengandungi lemak polyunsaturated (lemak tak tepu)
  • Ambil satu atau dua sudu makan cuka
  • Amalkan yoga atau bersenam untuk menurunkan berat badan
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Elakkan bangun lewat pada hujung minggu
  • Minum 2-3 cawan teh hijau sehari.
  • Amalkan minum segelas air masak sebelum makan
  • Makan perlahan-lahan sehingga lumat
  • Jangan amalkan makanan segera dan minuman berkabonat
  • Banyakkan makanan buah - buahan sebagai hidangan snek
  • Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan
  • Jangan tinggal sarapan pagi
  • Sentiasa lakukan 'push up'

Contoh Senaman untuk mengurangkan lemak di perut



Mulai dari hari ini jom amalkan  tips untuk kurangkan lemak perut untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini. 

Selamat mencuba !!!



ikhlas dari
Rabiatul
(012-5584478)
vitaminsihatalami.blogspot.com