TAKUTNYA "GILA MEROYAN"!
Gila Merian atau Meroyan merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat serius dikalangan wanita selepas melahirkan . Biasanya wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga "mother blues"
Bapa dan Keluarga Memainkan Peranan Penting Kepada Ibu yang Baru Bersalin
"Darah kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur akan
menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."
Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan
Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)
Apakah antara kesan penyakit ini ?
Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya.
- Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
- Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
- Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
- Akibat pengalaman yang tidak normal ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
- Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .
Kemuraman , kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?
Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas harian.
Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami gila merian atau meroyan ini dan biasanya tanda-tanda ini timbul dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran . Jenis yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.
Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?
1. Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan
2. Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.
3. Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam
4. Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanitaselepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .
5. Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa berat .
6. Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing da
n sekitar ari-ari turut bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini disebut " luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .
7. Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis .
8. Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari 40 , barulah ia mula mengering.
9. Jika sekiranya masih ada lelehan cairan, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .
10. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )
11. Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.
CADANGAN SET VITAMIN
Insyaallah ibu boleh ambil vitamin Shaklee yg terbukti berkesan. Apa yg kami cadangkan khas untuk ibu selepas bersalin a.k.a berpantang adalah
Vitamin C, B Complex, Zink dan Vitalea.
Penambahan Energizing Soy Protein sangat digalakkan.
Mengapa supplemen ini?
Ibu yang bersalin selalunya mengalami luka-luka luaran mahupun dalaman termasuk di bahagian rahim. Jadi vit c n zinc perlu di mana ia dapat membantu menyembuhkan luka. Kedua-dua vitamin ni juga sesuai diambil bagi mereka yg tak makan haruan
Kehilangan tenaga yang banyak sudah semestinya selepas bersalin,jadi pengambilan b complex bagi mengembalikan tenaga dan membantu menangani stress sangat penting.
Rutin berpantang pula membuatkan ibu seringkali terpaksa memilih makan dan mungkin berlaku kekurangan nutrisi lengkap. Jadi pengambilan vitalea adalah yg terbaik sebab ia merupakan multivitamin yg lengkap dengan mineral yg diperlukan oleh badan. Lebih-lebih Vitalea dilengkapi zat besi yang diperlukan ibu yg dh tentunya banyak kehilangan darah selepas bersalin.Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat.Anda boleh dapatkan sekarang dengan Harga Runtuh yang sangat Menjimatkan
Buatlah Pilhan Yang Terbaik..Pilihan Di tangan Anda
Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya SEKARANG :)
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
Perunding Vitamin Anda
♥ Contact No : 012-5584478
♥ Emel : rabiarazali@yahoo.com,atulrazali@yahoo.com
boleh COD Area : RAWANG, BATU CAVES, PUTRAJAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan