Selasa, 10 Disember 2013

PROMO BULAN DECEMBER 2013!!

Ok untuk akhir tahun ni, promotion utk item dari Shaklee adalah OMEGA GUARD..

Wah mmg berbaloi2.. Knp berbaloi ye? Byk khasiat dan manfaat yang boleh di dapati daripada Omega ni.. xkiralah utk warga emas ke, kanak-kanak, remaja ataupun golongan dewasa..

Omega Guard? Apa tu??? Kenapa penting utk tubuh kita? 

Apakah Omega 3 Itu Sebenarnya?

Banyak produk-produk di pasaran yang menyatakan bahawa produk mereka mengandungi omega 3. Biasanya banyak ditemui pada produk yang dikonsumsi oleh anak-anak dan juga kepada pesakit kolesterol tinggi. Apa sebenarnya Omega 3 itu?

Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung menthyl dalam molekulnya. Oleh kerana itulah ia digelar Omega 3.
Para ahli farmasi menyatakan bahawa tubuh memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 per harinya. Omega 3 sebagian besar dapat ditemui pada ikan-ikan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden (ikan Lemuru).
Selain itu, Omega 3 dapat ditemui pula pada makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.

Apa Manfaat Omega 3?

Dalam Omega 3 sendiri terdapat komponen-komponen zat penting yang penting bagi tubuh seperti DHA (Docosahexaenoic acid), EPA (Eicosapentaenoic acid), dan LNA (Linolenic acid). DHA dan EPA banyak ditemukan pada ikan-ikan sedangkan LNA pada tumbuh-tumbuhan termasuk sayuran yang berwarna hijau.
Masing-masing komponen ini memiliki fungsi yang berbeza dalam tubuh. DHA berfungsi sebagai jaringan pembungkus saraf yang berperanan dalam melancarkan aliran saraf dan mengantarkan rangsangan saraf ke otak.
EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, menyihatkan sistem peredaran darah dengan melancarkan sirkulasi darah dan LNA berperanan dalam menghasilkan energi dari makanan yang dikonsumsi dan kemudian membawanya ke sel-sel tubuh yang memerlukan.
Secara umum, Omega 3 bermanfaat bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung tetap sihat. Omega 3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak karena 40% asam lemak di otak terdiri atas asam lemak Omega 3.
Omega 3 ini sangat diperlukan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel saraf otak agar optimal terutama pada anak-anak sampai sekitar usia 5 tahun menigkatkan pertumbuhan otak anak yang cepat dan pesat pada masa tersebut.
Omega 3 bahkan tetap diperlukan sampai usia dewasa. Kurangnya kadar Omega 3 akan membuat sel saraf di otak kekurangan energi untuk proses perkembangan otak sehingga dapat mengganggu kerja dan fungsi otak seperti hilangnya daya ingatan dan penurunan fungsi otak lainnya secara drastis.
Tidak hanya bagi otak, Omega 3 juga memegang peranan penting bagi organ penglihatan dan tulang. Sekitar 60% retina pada mata dibentuk dari Omega 3. Kekurangan Omega 3 dapat mengakibatkan mata menjadi kabur. Omega 3 juga baik untuk tulang karena di dalam Omega 3 juga terkandung kalsium.
Pada saat janin, Omega 3 diperlukan untuk membentuk sel-sel pembuluh darah dan jantung. Pada saat dewasa, Omega 3 membantu dalam menyihatkan darah dan mekanisme kerja pembuluh darah serta jantung.
Dengan mengambil Omega 3, tubuh akan dibantu dalam menurunkan kadar trigliserida dan LDL dalam darah sehingga mengurangi penimbunan lemak darah yang tidak baik pada saluran darah yang memicu aterosklerosis dan tekanan darah tinggi. Risiko seperti stroke dan penyakit jantung pun dapat dihindari.
Pada orang Asia, Omega 3 dapat membantu mengatasi penyakit radang sendi. Manfaat lain dari Omega 3 ialah kemampuannya dalam menjaga dan mempertahankan kesihatan kulit.

Minyak Ikan dan Omega 3, Apa Itu Minyak Ikan?

Minyak ikan dibuat dari hasil ekstrak hati ikan dan dijual dalam bentuk sirup atau kapsul. Minyak ikan menjadi suplemen 'favourite' kerana kandungan Omega 3 yang tinggi di dalamnya.
Selain itu, minyak ikan juga mengandung vitamin A dan D yang juga diperlukan oleh tubuh. Ini keaena termasuk salah satu zat yang rendah kolesterol, banyak para ahli farmasi yang menyarankan minyak ikan dikonsumsi sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh.
Namun, pengambilan minyak ikan tidak boleh di ambil sembarangan. Menurut penelitian, pengambilan minyak ikan berlebihan dapat menganggu sel-sel darah seperti proses penggumpalan darah menjadi lemban. Akibatnya, bila luka, akan memakan waktu yang lama untuk sembuh.
Selain itu, pengambilan minyak ikan berlebihan dalam tubuh dapat menyebabkan seseorang kekurangan vitamin E dan menyebabkan sel-sel dalam tubuh mudah teroksida oleh radikal bebas yang tentu saja membahayakan kesihatan. oleh kerana itu, penting untuk mengikuti petunjuk pemakaiannya. Bila perlu, dapat konsultasi daripada doktor anda.



Tiada ulasan: