Contohnya: “Kau tak nak makan ke?” “Aku diet!!!”.
Saya rasa kita pun sering terdengar ungkapan “aku diet” diucapkan oleh ramai orang. Apakah maksud diet yang digunakan dalam konteks perbualan seharian? Adakah ia sama dengan maksud diet yang sebenarnya?
Saya kira maksud diet dalam konteks perbualan yang di atas adalah “tak makan sebab nak kuruskan badan”.
Bukan apa, penyalahgunaan istilah ini mungkin secara tak langsung membawa kita kepada amalan makan yang tidak sihat. Yalah, bila disebut diet, otomatik terfikir “jangan makan” supaya turun berat badan. Sedangkan kita perlu makan untuk menjaga kesihatan kita. Meninggalkan makan akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kecuali jika kita berpuasa. Badan kita menunggu untuk menerima makanan bila sampai waktunya, dan ia akan mengeluarkan asid yang diperlukan untuk menghadam makanan. Sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid tersebut akan terkena kepada dinding usus dan merosakkannya.
Satu lagi perkara yang tidak baik bila diet dikaitkan dengan “tidak makan” adalah ramai orang yang tidak mahu “tidak makan”, justeru mereka tidak mahu diet sedangkan diet baik untuk kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan