Memiliki kulit kering dan kulit kusam memang akan mengganggu penampilan seseorang, tidak hanya mengganggu penampilan namun kebanyakan orang juga akan merasakan malu untuk bersama-sama teman dan rakan.
Sebenarnya apakah penyebab kulit kering dan kulit kusam itu? Kulit kering dapat terjadi kerana kurangnya kadar minyak pada kulit (kalenjer minyak sebum) sehingga hal ini mengakibatkan kulit cepat kering dan kusam. Minyak sebum ialah suatu kelenjar minyak alami yang dihasilkan dari kulit tubuh kita, minyak ini berfungsi membantu memberikan kelembaban pada kulit tubuh.
Cara Mengatasi Kulit Kering Dan kusam:
1. Usahakan Perbanyak Kuantiti air kosong dalam tubuh
Manfaat air kosong memang sudah tidak diragukan lagi selain bermanfaat untuk menjaga kesihatan organ tubuh, Air kosong juga merupakan salah satu cairan terpenting untuk mendapatkan kulit tampak lebih segar dan terhindar dari kulit kering kusam. Kenapa air kosong dapat menghidarkan kulit kusam? Ini kerana air kosong bermanfaat untuk menghindarkan kulit dari dehidrasi, Oleh itu tubuh kita memerlukan sekurang-kurangya 2.5 liter air atau 8 gelas air kosong/ harinya.
2. Hindari Stress
Biasanya orang yang mudah stress, akan cepat mendapat kulit wajah yang pucat dan kusam. So,cuba kita elakkan diri daripada persekitaran stress yang melampau. Mengapa stress boleh mempengaruhi kelembaban kulit? Kerana jika dalam fikirannya terlalu banyak bebanan (stress) aliran darah dalam tubuhnya akan menjadi tidak lancar. hal inilah yang kemudian menjadikan kulit tegang dan lama-kalamaan akan kering dan kusam.
3. Lakukan Senaman Secara Teratur
Salah satu penyebab kulit kering dan kusam selain yang sudah disebutkan diatas adalah sel kulit mati yang terjadi daripada kurangnya kelenjar minyak dan pengeluaran peluh yang terhad untuk mendorong pengeluaran sel kulit mati dalam tubuh kita. Jika senaman secara teratur dapat dilakukan maka pengeluaran peluh yang konsistan akan membantu mengeluarkan sel kulit mati yang terdapat pada kulit.
4. Bersihkan Tubuh Secara Teratur ( Mandi )
Jarang mandi juga merupakan salah satu penyeban kulit kita kelihatan kusam dan kering. Kekerapan mandi sekurang-kurangya 2 kali dalam sehari dapat menanggalkan segala kotoran pada kulit dan boleh mengelakkan kulit anda dijangkiti penyakit.
5. Makan makanan Yang Bernutrisi
Nutrisi yang terkandung dalam makanan juga sangat mempengaruhi struktur kulit anda. Pemilihan Pemakanan yang baik adalah dengan memilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti makanan yang anda ambil. Pilih menu makanan yang mengandungi serat gizi dan bernutrisi bagi kesihatan kulit kita.
6. Tidur / Rehat Yang Mencukupi
Kurang tidur atau sering berjaga malam juga merupakan salah satu sebab kulit anda nampak kusam dan kering. Aktiviti suka berjaga pada waktu malam boleh mengakibatkan kulit kita kurang rehat dan boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh. Dapatkan rehat atau tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam dalam semalam untuk mendapatkan kulit segar dan tentunya untuk mendapatkan kesihatan badan kita.
7. Menggunakan Lotion Pelembab
Pilihlah lotion yang bebas bahan kimia dan tidak berbahaya pada kulit kita. Cara pemakaian lotion yang paling tepat ketika anda selesai mandi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan