Berita kehamilan pada setiap individu memang ditunggukan bagi pasangan yang baru berumah tangga mahupun yang dah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak. Memang seronok bila kita dapat tahu yang kita dah mengandung. Apabila sudah memasuki fasa perubahan yang berlaku dalam badan kita semasa hamil, maka bermulalah episod gangguan tidur sekaligus akan menyebabkan kita kurang bertenaga pada keesokan harinya. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan.
Dalam fasa awal kehamilan, sesetengah individu mungkin mendapati loya membuat mereka tidak boleh tidur. Apabila kandungan kita semakin membesar, simptom-simptom lain mungkin mengganggu rehat kita. Antaranya seperti:
· pedih ulu hati
· lenguh kaki
· berdengkur, samada anda sendiri atau suami
· sesak nafas
· hidung tersumbat
· bimbang mengenai keadaan bayi dan tanggung jawab sebagi ibu
· sakit-sakit dan lenguh badan
· menagalami kejang kaki
Ini belum lagi faktor apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, maka makin kerap terasa tendangannya. Dan memandangkan waktu rehat kita dan bayi tidak sama, tidur kita mungkin akan terganggu oleh tendangannya pada waktu malam. Selain itu kekerapan kita ke tandas pada waktu malam juga antara menyumbang faktor kita mengalami sukar tidur.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk memudahkan saya tidur?
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu kita tidur dengan lebih baik, ketika kita hamil.
Cuba latih badan untuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari. Memanglah enak jika dapat bangun lewat terutamanya pada hujung minggu, tetapi kita mungkin sukar untuk tidur pula pada waktu malam.
Mulakan rutin tidur dengan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mandi, atau minum minuman panas. Buatlah aktiviti ini selama lebih kurang 20 hingga 30 minit sebelum masuk tidur.
Gunakan langsir yang tebal untuk menghalang cahaya daripada masuk. Gunakan penyumbat telinga untuk menghindar bunyi bising. Cahaya dan bunyi bising boleh mengejutkan kita daripada tidur yang tidak lena.Salah satu faktor ibu hamil akan rasa panas daripada biasa, jadi sebelum tidur pasangkan kipas atau aircond terlebih dahulu untuk sejukkanlah bilik kita.
Gunakan katil anda hanya untuk tidur
Jika kita biasa menggunakan komputer riba atau menonton televisyen di atas katil, hentikan tabiat ini. Gunakan katil untuk aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti tidur ,membaca dan sebagainya.
Belajar tidur mengiring ke kiri
Latih diri kita untuk tidur mengiring ke kiri dalam masa beberapa bulan pertama kehamilan. Posisi ini boleh membantu peredaran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) dan membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Posisi ini juga membantu kita lebih selesa dan tidur dengan lebih baik sewaktu kandungan semakin membesar.
Jika kita terjaga daripada tidur dan mendapati posisi tidur kita dalam keadaan menelentang, pusing sahaja ke sisi kiri dan tidur semula. Boleh cuba menggunakan bantal untuk membantu kekal dalam posisi tersebut dan menghalang kita daripada berbaring menelentang semasa tidur.
Ambil Kalsium sebelum tidur
Pastikan kita mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.Sila baca info mengenai Kalsium
Extra Bantal untuk tubuh badan
Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang. Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.