Sabtu, 4 Julai 2015

Merokok Boleh Berhenti Dengan Vivix? Boleh Percaya Ke?


Kenapa ye ramai yang suka merokok, terutama sekali bagi kaum lelaki? Adakah dengan merokok ni anda akan nampak macho? Bagi si isteri semestinya anda akan berasa risau jika suami anda seorang perokok tegar.. Lebih-lebih lagi jika ada anak lelaki, sebagai seorang ibu mesti anda rasa takut jika anak anda akan mengikuti jejak langkah ayah mereka.

Dah puas menasihati dan memberi galakan untuk berhenti merokok pada sang suami? tapi masih juga tiada sebarang tanda untuk berhenti. Alasannya dah sebati dalam diri, susah nak berhenti.Tapi yang peliknya sang suami jika di bulan ramadhan boleh pula mereka menahan diri dari merokok di siang hari, tetapi kembali balik aktiviti merokok di malam hari..Hrmmm, betul kata orang tua-tua, kalau hati tiada kesungguhan untuk berhenti buat macam mana pun tak akan berhenti jugalah.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan dan mudah didapati. Sang isteri boleh mengamalkan tips berikut untuk sang suami tercinta berhenti merokok.



Berhenti Merokok Melalui Pemakanan.

1. MADU

Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.


2. MAKANAN MASIN

Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.


3. HALIA DAN BAWANG PUTIH

Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok. Selain itu, ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.


4. KAYU MANIS

Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok. Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.


5. EPAL

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok.Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.


6. SUSU

Ketika merokok, bibir kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.

Aternatif lain adalah dengan mengamalkan Vivix Shaklee..




Bagaimana Vivix Shaklee dapat memulihkan DNA seorang perokok tegar?


Secara ringkasnya, Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu perokok tegar berhenti merokok?


Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, InshaAllah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda.

Kenapa?

Sebab Vivix Shaklee merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda.


Ikuti kisah en suami ini berusaha untuk berhenti merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya 






Testimoni penggunaan Vivix Shaklee untuk berhenti rokok









ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478




Tips Mudah Mengatasi Proses Kelahiran Yang Menyakitkan


Setiap ibu-ibu yang hamil pasti akan melalui proses kelahiran. Semestinya pengalaman bersalin setiap ibu tidak sama antara satu sama lain. Setiap ibu hamil, ALLAH dah tentukan bagaimana rasa nikmat bersalin yang perlu ditempuh oleh semua ibu.

Bagi saya pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman sakit selama 17jam semasa melahirkan anak pertama 6 tahun lepas, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betullah kata orang tua, seorang ibu sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi melahirkan anak yang telah dikandung selama 9 bulan. Tidak kira kesakitan yang dialami itu terlalu sakit atau mengalami kompilasi bersalin yang pelbagai, seorang ibu sanggup menempuh rintangan demi melahirkan anak yang disayangi.
Saya ingin berkongsi tip mudah bagi para ibu di luar sana untuk mengatasi proses kelahiran yang menyakitkan dan berpanjangan.

Selalu Bersenam

Senaman penting untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang memuaskan. Keraplah bersenam dan pada bulan terakhir kehamilan, buat senaman dengan berjalan selama 30 minit sambil mempraktikkan latihan pernafasan. Langkah ini penting untuk membantu dan mengawal diri ketika menahan sakit dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan.

Elakkan Terlalu Banyak Berehat

Jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika mengemas rumah umpanya, anda digalakkan untuk berkeadaan duduk itik. Graviti keadaan anda ketika itu akan merangsang bayi untuk “turun” dan memudahkan proses kelahiran.

Jaga Pemakanan

Langkah menjaga pemakanan perlu sentiasa dititikberatkan. Pastikan makanan yang diambil adalah makanan ysng sihat dan seimbang. Pastikan pemakanan seharian anda lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Selain itu, minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pemakanan Sunnah

Selain mengamalkan kurma yang dikatakan bagus dalam mengekalkan tenaga semasa proses bersalin, anda juga boleh mengamalkan kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Selain memudahkan bersalin, amalan pemakanan ini dipercayai dapat membantu mengelakkan bayi daripada mengalami jaundis.

Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Ada sesetengah wanita hamil memilih surah tertentu untuk dibaca ketika hamil. Sebenarnya tidak perlu memilih surah untuk diamalkan, sebaliknya baca kesemua surah adalah lebih baik. Sebaik-baiknya dalam tempoh sembilan bulan kehamilan, cuba khatam Al-Quran, paling kurang sekali.

Amalkan Surah Maryam

Sepanjang hamil, jangan mengelak dan malas untuk membaca Surah Maryam setiap hari. Surah ini sesuai diamalkan dengan tujuan memudahkan proses bersalin. Ada pendapat menyarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam keadaan sujud itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

Kerap Bersama Suami

Pada saat akhir menanti kelahiran, keraplah melakukan hubungan seks dengan suami. Doktor berpendapat air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh merangsang kontraksi.

Berendam Sebelum Ke Hospital

Sebelum ke hospital, si ibu hamil di galakkan berendam di dalam tab mandi berisi air suam.Ia di percayai dapat mempercepatkan proses bersalin. Jika tiada tab mandi di rumah, si ibu boleh juga menggunakan kolam mandi kanak-kanak bagi tujuan ini.

Pastikan Tenaga Mencukupi

Tenaga mencukupi adalah penting sebelummemasuki bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya bagi mengelakkan si ibu berasa lapar dan mudah letih sewaktu dalam proses bersalin.

Posisi Bersalin

Semasa dalam proses bersalin, si ibu juga boleh mengaplikasi apa jua jenis posisi yang dirasakan selesa bagi mereka. Apa yang penting di ibu jangan berbaring sahaja, kerana akan melambatkan proses pembukaan serviks. Sebaliknya, banyakkan berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selepas mengalami fasa kontraksi.

Jangan Meneran

Jika belum tiba waktu yang betul-betul untuk bersalin, jangan sesekali meneran. Kawal pernafasan dengan menarik nafas secara mendalam dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.

Amalan doa dan Selusuh

Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan, disamping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Selain itu boleh juga dipraktikkan menyapu minyak selusuh di perut dari atas ke bawah, untuk tujuan memudahkan bayi keluar bila tiba masanya kelak.

Alhamdulillah tahun ini juga Allah SWT memberi kesempatan kepada saya sekali lagi untuk merasa proses bersalin, semoga dengan mengamalkan tips di atas, akan mengurangkan rasa sakit dan memudahkan proses bersalin kita, insyaallah,amin. 


ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478

Ahad, 14 Jun 2015

Masalah Kejang Otot Kaki Bagi Ibu Hamil: Tips Mudah Untuk Mengatasinya


Siapa pernah mengalami pengalaman ketika tidur tiba-tiba kaki kita mengalami kekejangan otot? Rasanya ramai ibu-ibu yang hamil diluar sana pernah mengalami keadaan seperti ini. Saya juga pernah mengalami beberapa kali situasi begini. Bila dah terkena memang tak boleh nak bayangkan rasa kesakitan yang dialami. Kadang-kadang tu, kesakitan akibat kekejangan kaki ni saya boleh rasai sehingga keesokan harinya.

Di sini ada sedikit info yang boleh kita kongsi bersama dan dijadikan panduan bersama mengenai masalah kekejangan otot kaki bagi ibu hamil.

Bagaimana kejang otot kaki boleh berlaku?

Kekejangan kaki ataupun lebih di kenali sebagai 'Simpul Mengkarung' di kalangan masyarakat Melayu kita. Selalunya kekerapan terjadi pada trimester kedua dan juga ketiga, terutama pada waktu malam ketika ibu hamil sedang tidur.
Apakah Simptom Kekejangan Kaki?

Selalunya kita akan berasa sakit pada otot betis, seperti meregang dan otot kita tertarik. sehingga kita akan terasa uratnya menegang hingga kebahagian tapak kaki.

Faktor Penyebab Kekejangan Otot Kaki

Keletihan yang melampau dan tahap cecair dalam badan tinggi
Kemungkinan kekurangan Kalsium dalam badan
Pertambahan berat badan yang harus ditanggung dimana ia boleh memberi tekanan kepada otot kaki.
Apabila kandungan makin membesar dan semakin mengembang daripada saiz asal membuatkan lebih tekanan terhadap sistem peredaran darah terutama dibahagian kaki.
Faktor pemakanan juga dikatakan mempengaruhi terjadinya kekejangan otot kaki.

10 Tips Mudah Elak Kekejangan Otot Kaki


Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kita Sedang Mengalami Kekejangan Otot Kaki
  • Luruskan kaki dan dengan lembut betulkan kedudukan tumit. Kemudian tarik ibu jari kaki menghala ke badan secara perlahan-lahan beberapa kali.
  • Boleh juga berdiri dipermukaan yang sejuk seperti lantai kerana kadangkala ia boelh menghentikan kekejangan kaki.
  • Letakkan pad suam pada betis bagi melegakan kekejangan otot kaki.


Semoga dengan maklumat yang diberi dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana yang selalu mengalami masalah ini dapat kualiti tidur yang mencukupi dan nyenyak tanpa sebarang gangguan.


Lagi info mengenai masalah kekejangan otot kaki : http://vitaminsihatalami.blogspot.com/2014/04/kejang-kaki-ketika-hamil.html


Ikhlas Dari Hati,
Rabiatul



Jumaat, 5 Jun 2015

Get Clean Shaklee: Membantu Tugas Harian Anda Dengan Lebih Mudah!!


Bila kita membicarakan tentang kesihatan diri, sudah tentulah rumah menjadi tempat yang paling bersih dan selamat untuk didiami di atas muka bumi ini. Namun adakah anda memilih produk pencuci yang digunakan itu yang betul dan SELAMAT lebih-lebih lagi terhadap insan yang tersayang; BERKESAN terhadap segala jenis kotoran degil; MESRA ALAM untuk bumi kita; dan yang paling penting JIMAT untuk wang perbelanjaan kita.

Apakah pilihan anda? Adakah produk kebersihan dipasaran sekarang mengandungi semua elemen diatas?

Cuba jadikan GET CLEAN SHAKLEE sebahagian daripada produk kebersihan anda. Bila pertama kali anda guna, mesti anda akan jatuh cinta berkali-kali. Tak percaya? Bila anda dah menggunakannya anda akan tahu keberkesanannya yang sememangnya multi purpose.


Apa itu GET CLEAN SHAKLEE.

Sebenarnya ada 4 jenis produk kebersihan yang boleh kita miliki yang mempunyai pelbagai fungsi bagi setiap satu. Antaranya:-
  • Basic H - Organic Super Cleaning Concentrate
  • Hand Dish Wash Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate (Powder)
  • Soft Fabric Concentrate


Basic H Organic Super Cleaning Concentrate 

Tanpa Toksik, Cara Membersih Secara Semulajadi

Sebotol pencuci Basic H Organic Ianya memang amat menjimatkan dan benar-benar berkesan. Untuk 1001 kegunaan pembersihan dan cucian - membuang kotoran, menanggalkan minyak gris yang degil dan kotoran dari mana-mana permukaan yang boleh dibasuh; luar dan dalam; dinding, tingkap, cermin, lantai, peralatan dapur, dapur masak, ketuhar dan mana-mana bahagian tertutup dan perabot.


Hand Dish Wash Concentrate 

Pencuci Pinggan Basuhan Tangan 

Anda hanya perlukan beberapa titisan bagi mencucui setimbun pinggan yang berminyak. Memudahkan tugas anda tanpa perlu menyental dan membilas berkali-kali. Malah dengan penggunaan dish wash concentate ini dapat:-

  • Melembutkan tangan
  • kaya dengan buih dan tahan lebih lama
  • membuat pinggan lebih berkilat



Fresh Laundry Concentrate (Powder)

Formula semulajadi untuk pakaian lebih bersih

Formula enzim semulajadinya menjadikan pakaian anda lebih bersih dan anda tidak perlu risau jika ada ahli keluarga anda yang alah pada sabun biasa, sabun ini memang sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai alahan (Ekzema) dan pada pakaian bayi.


Soft Fabric Concentrate

Ia berbau segar, selembut sutera dan dapat mengurangkan kedutan dan menghilangkan kesan statik pada pakaian yang mungkin ada pada pencuci yang anda gunakan sebelum ini.

Tercari- cari produk semulajadi untuk bahan cucian anda? Apa kata anda cuba Set Get Clean Shaklee yang sememangnya berkesan, disamping selamat pada alam sekitar dan yang paling penting diperbuat daripada bahan dan sumber SEMULAJADI yang semestinya bebas daripada unsur bahan kimia.




Ingin membuat pembelian??

boleh terus menghubungi: 
Rabiatul - 012- 5584478(sms/whatsapp/wechat) . 

ATAU 

Pembayaran boleh diajukan pada akaun (MAYBANK) 162405147912 .


Setiap pesanan akan dibuat selepas pembayaran dilakukan. 
Sila berikan butir- butir seperti bukti transaksi, nama penuh, alamat, no telefon dan alamat email.


COD Area : BATU CAVES, RAWANG, ULU YAM, KLCC,KL






Kencing Malam Bagi Kanak-Kanak: Normal Atau Tidak??


“Alamak!! Adam, kamu kencing lagi ke? Mama baru je lepas tukar cadar katil kamu”.. Kenapa kamu tak bangun pergi ke toilet? Pernah tak anda mengalami situasi seperti begini? Anak yang kerap terkencing pada waktu malam? Adakah kencing malam ni satu penyakit yang serius bagi kanak-kanak? Sebenarnya Enuresis (terma dalam perubatan) atau kencing malam adalah keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.

Satu kajian telah dilakukan yang 10 - 14 peratus daripada kanak-kanak yang berumur lima hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang. Di Malaysia sahaja masih terdapst lebih kurang 6.2 peratus daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun masih lagi kencing malam.

Bagaimana Kencing Malam Boleh Berlaku

  • Ruang pundi kencing yang kecil
  • Gangguan tidur. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil ‘Vasopressin’ semasa tidur. Hormon Vesopressin ini penting untuk mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Jenis-jenis Kencing Malam

  • Kencing malam hanya pada waktu malam (peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam pada waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Kes seperti ini mesti segera mendapat nasihat dan rawatan doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kencing malam memerlukan ujian kesihatan?

Tidak semestinya jika anak kita hanya kencing malam tanpa disedari pada waktu malam sahaja.

Kesan pada anak-anak jika kerap kencing malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dan masalah ini boleh menyebabkan faktor risiko untuk mengalami masalah psikiatri.
  • Tekanan dalam keluarga

Cara Rawatan

  • Mengubah tabiat kencing malam anak-anak kita dengan selalu mengingatkan mereka supaya kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Pengambilan ubat untuk membantu anak anda mengawal kencing.
  • Faktor usia - akan bertambah baik bila umur semakin meningkat.
  • Ibu bapa perlu main peranan dengan selalu mengerakkan anak anda diwaktu malam untuk membangunkan mereka untuk kencing.

Alternatif untuk mengatasi kencing malam yang boleh dipraktikkan

  • Jangan salahkan anak kita, sebenarnya kencing malam ini di luar kawalan mereka. Sentiasalah bercakap secara terbuka untuk menasihati mereka.
  • Kurangkan pengambilan air terutama di waktu malam
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air

Semoga tips yang diberikan ini dapat memberi pengetahuan dalam menangani masalah kencing malam bagi anak-anak kita.



Ikhlas dari hati,
Rabiatul
(012-5584478)

Isnin, 1 Jun 2015

Penyakit Asma Boleh Membawa Maut? Bahayakah Pada Diri Kita.


Assalamualaikum w.b.t. 

Hari ini saya nak share sedikit info tentang penyakit asma/semput atau lelah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk terkena serangan asma.

Apa itu Asma?

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Adakah penyakit asma berbahaya di kalangan orang dewasa? Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000.

Bagaimana Asma / Lelah boleh Terjadi?

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas yang berepisod, di mana terdapat penyempitan sementara salur pernafasan di dalam peparu, disebabkan keadaannya yang hyper aktif (oversensitive). Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan , peningkatan jumlah pengeluaran mukus, dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari peparu.

Apakah punca yang menyebabkan serangan asma?

  • jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  • alergi (cth: bulu haiwan, habuk, tungau dll)
  • asap rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  • perubahan suhu dan cuaca yang mendadak
  • iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (cth: habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  • ubat-ubatan (cth: aspirin, ubat jantung dll)
  • sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  • senaman, terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  • stres, emosi

Apakah simptom atau tanda-tanda asma yang kronik?

  • susah bernafas
  • sesak dada
  • mengeluarkan bunyi 'wheezing' bila bernafas
  • batuk yang berterusan (terutama pada waktu malam)
  • Pengggunaan yang kerap inhaler
  • Kebiruan pada bibir
  • Kegelisahan
  • Pertukaran warna kulit muka
  • Susah untuk bercakap
  • Berdebar-debar 

Ada harapankah untuk pulih seperti biasa kembali?

Bagi mereka yang mempunyai sejarah penyaki asma, Selalulah berjumpa dengan doktor secara rutin supaya anda boleh mengetahui tahap penyakit anda. Selain itu anda perlu elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan asma seperti:-
  • Membela haiwan peliharaan yang jenis berbulu seperti ayam, kucing.
  • Jangan menghampiri persekitaran yang mempunyai banyak debu, hama dan kulat. 
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, dextran, hydrocortisone dan penicillin. 
  • Hindarkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan Asma seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet, monosodium L-glutamate dan alkohol.
  • Kurangkan ketawa atau menagis secara keterlaluan kerana boleh menggalakkan Asma.
  • Hindarkan daripada bahan-bahan seperti asap rokok, asap kayu, semburan minyak wangi dan cat baru boleh juga menyebabkan Asma.
  • Keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan lembap 

Sabtu, 30 Mei 2015

Karies Gigi Bahayakah Pada Anak Kita


Pernahkah kita melihat kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun mempunyai gigi yang kecoklatan atau hitam?Warna putih pada giginya pula seperti terhakis? Apakah faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini mengalami keadaan gigi tersebut?

Puncanya adalah disebabkan oleh KARIES GIGI atau PEREPUTAN GIGI. Fenomena ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak  semenjak berusia seawal satu atau dua tahun lagi.

BAGAIMANA KARIES BERLAKU

Karies gigi berlaku apabila lapisan luar (yang dikenali sebagai enamel) gigi mula mereput. Gigi akan mula mereput apabila tahap pH oral (mulut) berada dibawah 5.5 (berasid). Fenomena berasid berpunca terutamanya disebabkan oleh asid organik yang di hasilkan oleh bakteria dalam mulut. Bakteria ini terjadi hasil daripada pengambilan Gula Ekstrinsik. 

 Gula Ekstrinsik - Gula yang tidak terdapat dalam struktur sel dan boleh berlaku secara semulajadi dalam makanan dan minuman. 

Contoh makanan dan minuman yang mempunyai Gula Ekstrinsik


  • Segala jenis manisan, gula dan coklat
  • kek dan biskut
  • Roti, pastri dan pai buah-buahan
  • Puding span dan segala jenis puding
  • Buah buahan kering
  • Gula yang ditambah ke dalam minuman dan sewaktu peyediaan makanan
  • Bijirin sarapan yang manis
  • Jem, kaya, jeruk
  • Ais krim
  • Buah-buahan dalam tin
  • Minuman ringa bergula
  • Minuman berasaskan susu (susu kocak)
  • Gula yang terdapat dalam minuman beralkohol

KESAN DARIPADA KARIES GIGI

Kesan yang paling ketara ialah kesan akut (serta merta) seperti kesakitan gigi dan kesan jangka masa panjang seperti mengalami kesukaran untuk makan dan kualiti hidup yang berkurang.

22 TIPS UNTUK KURANGKAN KARIES GIGI

  1. Hadkan pengambilan gula Ekstrinsik
  2. Hadkan pemberian susu botol hanya untuk pengambilan air dan susu
  3. Elakkan mencelup atau mencicah biskut atau roti kedalam gula, contohnya minuman yang manis atau madu
  4. Kurangkan pengambilan gula semasa penyediaan makanan ketika memasak
  5. Gantikan pencucu mulut yang manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah buahan.
  6. Menyediakan jus dalam bentuk yang kuran pekat, sudah dicampur dengan air tanpa gula dalam cawan (nisbah 50:50)
  7. Semak label makanan untuk kandungan gula
  8. Pilih makanan yang kurang gula atau makanan yang berlabel ' gula rendah/ bebas gula'. Kandungan gula tidak boleh melebihi daripada 5g setiap 100g makanan pejal atau 2.5g per cecair 100ml.
  9. Carila alternatif jika kandungan gula yang disenaraikan adalah tinggi atau jika kandungan gula disenaraikan pada senarai tiga terawal dalam senarai ramuan.
  10. Berhati-hati dengan sebarang vitamin atau makanan tambahan smaa ada dalam bentuk kunyahan ataupun cecair yang mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi. Baca label terlebih dahulu atau semak dengan doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.
  11. Jarakkan masa pengambilan satu hingga dua jam antara satu makanan atau minuman manis dengan makanan seterusnya. Jarakan masa ini adalah perlu untuk membolehkan air liur menuetralkan semula keadaan berasid di dalam mulut dan membenarkan proses pengaktifan mineral berlaku.
  12. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi Gula Ekstrinsik hanya pada waktu makan utama, sebaliknya ELAKKAN daripada mengambil pada waktu senggang seperti sewaktu menonton tv. Banyakkan minum air kosong antara waktu makan utama.
  13. Hidangkan makanan pencuci mulut bersama-sama makanan atau minuman yang tidak mengandungi Gula Ekstrinsik seperti buah-buahab, sayur-sayuran, kekacang dan juga produk tenusu.
  14. Hanya minum air kosong, susu dan teh antara waktu makan
  15. Mengurangkan masa interaksi dengan gula Ekstrinsik didalam mulut. Contoh menghisap gula-gula.
  16. Elakkan amalan menidurkan bayi / kanak - kanak dengan botol susu di dalam mulut mereka.
  17. Bersihkan gigi dan gusi dengan kain kasa atau tuala mula selepas selesai penyusuan botol.
  18. Mengalakkan anak minum dari cawan secara beransur - ansur  dan cuba berusaha untuk menghentikan kanak-kanak daripada penyusuan botol.
  19. Jangan galakkan anak mengemam atau menyimpan makanan atau minuman manis dalam tempoh yang lama di dalam mulut
  20. Menggalakan memberus gigi setiap hari atau ajar anak berkumur terutamanya selepas makan atau selepas pengambilan makanan ringan.
  21. Melakukan rawatan pemeriksaan gigi secara berkala.
  22. Beri anak sumber pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dengan semua nutrien penting.
Ibu bapa mestilah memberi pendedahan awal terhadap bahayanya makanan manis  dan memberi contoh teladan yang baik terhadap anak mereka.Dengan pengambilan diet yang seimbang dan berkhasiat akan membina dan mengekalkan gigi yang kuat dan gusi yang sihat, disamping mengamalkan semua tips diatas kesihatan gigi anak-anak kita pasti akan terjamin, inshaallah.


Ikhlas dari hati,
Rabiatul
012-5584478