Jumaat, 7 Mac 2014

Soya Penyebab Kanser Payudara Bagi Wanita???

Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?


28/06/2012
Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak.
 Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyaiphytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.
Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini.  Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat  kanser payudara.
 Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain ia tidak memberikan apa-apa keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.
 Satu laporan dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang dieprolehi dari seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajianShanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih tidak disahkan lagi.
 Sebagai kesimpulannya, ramai saintis yang beranggapan bahawa pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser payudara. Banyak kajian perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser payudara.
Saya berpendapat bahawa kanser payudara ini lebih kepada penyakit genetic yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana wanita. Ia bukanlah “penyakit yang dicari atau diminta”. Hanya kekuasaan ALLAH SWT saja yang dapat menjauhkan kita dari musibah ini dan hanya kepadaNYA saja kita memohon.


Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: