Jumaat, 7 Mac 2014

ESP NON GMO? APA MAKSUDNYA???


Produk berasaskan Non GMO? Apa tu?? Secara jujurnya memang saya tidak pernah tahu dan tak ambil tahu pun pasal GMO vs Non GMO. Tapi bila saya join SHAKLEE, barulah saya familiar dengan terma-terma saintifik pada makanan dan supplimen.

APA MAKSUD GMO?

Pernah tak kita ambil tahu apa itu GMO? Nampak macam tak penting kan? GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik, BERMAKSUD tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen. Ia juga dipanggil sebagai “ Genetic Engineering” (GE).

Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi sesuatu unsur.

Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh menggangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.

KESAN-KESAN SAMPINGAN yang ditemui dalam tumbuhan / makanan yang berunsurkan GMO:-
  1. menghasilkan toksin
  2. bertindak balas dengan keadaan cuaca secara berbeza.
  3. mengandungi sama ada terlalu banyak atau pun terlalu sedikit nutrien
  4. menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati
KESAN KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP PEMBERIAN MAKANAN GMO KEPADA BINATANG MENDAPATI:
  • ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
  • kerosakan sistem imunisasi
  • otak,hati dan testikel yang lebih kecil
  • kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • bentuk sel nukleus yang ganjil
  • lain-lain anomoli yang tidak dapat diternagkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.

Adakah GMO selamat?
Negara-negara yang paling maju tidak menganngap GMO selamat. lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua Negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Dimudahkan cerita, pada tumbuhan, teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.


Dibawah adalah antara penemuan tentang keburukan kajian GMO:
sumber : http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php

· GM corn causes liver and kidney damage in rats - A study conducted by French scientists and published in Archives of Environmental Contamination and Toxicology found symptoms of poisoning and liver and kidney damage in rats fed a GM corn.

· GM soy increased mortality in rats, reduced fertility in hamsters - A 2006 study conducted by Irina Ermikova of the Russian National Academy of Sciences found that more than half the babies from mother rats fed GM soy died within three weeks. In another Russian study scientists found that hamsters fed GM soy had lost their ability to reproduce by the third generation. The hamster pups also suffered slower growth and high mortality.

· Tryptophan tragedy - A genetically engineered form of an L-tryptophan food supplement was responsible for the deaths of thirty-seven people and disabling of several thousand more in 1989.

· GM potatoes harm rats - In the late 1990s, Arpad Pusztai, Ph.D., a molecular biologist, conducted a study on genetically modified potatoes for the Rowett Research Institute in Scotland. Pusztai conducted feeding experiments on rats and found that the potatoes damaged the animals’ gut, other organs, and immune systems.



APA MAKSUD NON-GMO?

Maksud Non-GMO ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DI CAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN.

Contoh bahan kimia itu adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan yang bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lagi-lagi kalau makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan segera.

Contohnya: Kacang soya yang telah dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan-bahan dan cara pemprosesannya. Jika ia dari kacang soya yang tidak organik (menggunakan baja kimia, prestisid dan sebagainya) ianya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi NITRAT. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER!!! Kacang soya GMO ini lebih murah untuk dihasilkannya dan berisiko tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ianya mengandungi toksin tinggi.



Apa kelebihan SOY ESP Shaklee???

ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.



ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Jadi, pilihan ditangan anda. Pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.






Tiada ulasan: